Search This Blog

Tuesday, April 14, 2009

Allah Tidak Berkaki & Bertangan- JAKIM



FAHAMAN WAHHABI MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN MENDAKWA ALLAH DUDUK DI ATAS ARASY, BERKAKI DAN BERTANGAN SEDANGKAN ITU BUKAN AQIDAH ISLAM BAHKAN SESAT TERKELUAR DARI ISLAM SEPERTIMANA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA DAN KEMENTERIAN MALAYSIA

Terdapat dalam masyarakat fahaman yang menyeleweng menyamakan Allah dengan makhluk. Fahaman ini mendakwa Allah berkaki iaitu mempunyai kaki dan bertangan iaitu mempunyai tangan. Aqidah yang mendakwa Allah bersifat kaki dan bertangan adalah aqidah songsang.


JAKIM:

‘‘Tetapi kalau dimaksudkan Allah itu adalah Tuhan yang mempunyai anak dan diperanakkan, yang mempunyai tangan dan kaki dengan sifat-sifat tertentu, maka itu bukan Allah, inilah jawapan Jakim,”

____________________


Jakim pertahan perkataan Allah hanya untuk Islam

PUTRAJAYA 2 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetap berpendirian bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk agama lain selain Islam, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau menegaskan, langkah itu selaras dengan keputusan jemaah menteri sejak sekian lama dan larangan penggunaan nama Allah serta beberapa istilah Islam lain turut diwartakan oleh 10 buah negeri.

‘‘Kita perlu menghormati keputusan jemaah menteri dan undang-undang sedia ada yang telah diperkenankan oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu.

‘‘Jadi, keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik perintah membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan agama lain adalah satu langkah profesional yang menghormati undang-undang sedia ada,” katanya.

Wan Mohamad berkata demikian pada sidang akhbar mengenai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang menganggap tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan itu menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian.

Setakat ini hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai undang-undang yang memaktubkan tentang pengharaman penggunaan perkataan Allah kepada agama lain.

Wan Mohamad berkata, sekiranya penganut agama lain mengiktiraf dan berikrar bahawa tuhan mereka adalah Allah yang Maha Esa seperti yang diakui oleh orang Islam, maka beliau orang pertama yang paling gembira.

‘‘Allah adalah Tuhan yang tidak mempunyai anak atau diperanakkan, jika ini yang diterima, maka ia adalah satu kejayaan dalam dakwah kita.

‘‘Tetapi kalau dimaksudkan Allah itu adalah Tuhan yang mempunyai anak dan diperanakkan, yang mempunyai tangan dan kaki dengan sifat-sifat tertentu, maka itu bukan Allah, inilah jawapan Jakim,” jelas beliau.


Beliau menyatakan, pada peringkat awal jika perkataan Allah dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain, ia akan mengelirukan banyak pihak.

‘‘Lazimnya kekeliruan akan membawa kepada ketegangan dan ini patut dielakkan kerana Malaysia kaya dengan sejarah ketegangan agama dan kaum.

‘‘Jadi, bagi pihak pemerintah, kita bertanggungjawab memastikan keamanan dan persefahaman antara agama dan adalah lebih baik kita ambil langkah awal untuk mengelakkan ketegangan,” katanya.

Justeru Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia mengadakan dialog antara agama bagi mencari persefahaman mengenai pelbagai isu yang berbangkit.

‘‘Jakim dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sentiasa menganjurkan dialog antara agama tetapi kebiasaannya ia tidak menjadi satu forum bersifat ilmiah sebaliknya lebih kepada perbincangan mengenai isu perkauman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm

Laman Utama